Tuesday, October 19, 2010

just sharing... lit. review on homework


Pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan dengan kerja rumah yang diberikan kepada murid sekolah. Ada pihak yang bersetuju dan ada pihak yang membangkang. Namun begitu terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kerja rumah merupakan satu bentuk latihan yang perlu untuk membentuk persekitaran dan pencapaian akademik yang berjaya ( Coleman, Hoffer, &Kilgore, 1981; Eipstein, 1983). Pendapat yang sama juga diberikan oleh beberapa orang pengkaji Harris Cooper, James J.  Lindsay dan Scott Greenhouse dari University of Missouri  dalam satu kajian mereka dimana mereka menyatakan bahawa semakin banyak kerja rumah berjaya disiapkan, semakin tinggi prestasi akademik mereka terutamanya murid di dalam gred 6 -12 (Eric, Tripp & Gloria ,1988).  
Kerja rumah memberikan banyak kesan postif kepada murid – murid. Ini kerana ianya bukan sahaja menjadi faktor kepada peningkatan pencapaian akademik tetapi ianya juga mampu untuk melatih murid – murid menjadi  individu yang lebh bertanggung jawab (Curtis& Nourie, 1989; Eipstein, 1988; Johnson & Pontius, 1989; Stein, 1988; Worsham, 1981).  Pendapat ini turut disokong oleh Chen & Stevenson( 1989) yang menyatakan bahawa kerja rumah bukan sahaja mengajar murid – murid erti tanggung jawab tetapi murid – murid juga dapat berlatih untuk melakukan tugasan sekolah. Ianya juga boleh meningkatkan hubungan kekeluargaan terutamanya antara ibu bapa dengan anak ( Eipstein, 1988).
 Gary & Edward (1986) menyokong pendapat yang diutarakan oleh Keith (1981) yang menyatakan dalam kajiannya bahawa prestasi akademik murid juga berkait rapat dengan masa yang diperuntukkan dalam menyiapkan kerja rumah. Namun begitu, kerja rumah yang disediakan juga perlu disediakan dengan persediaan yang rapi dan dibangunkan dengan betul kerana ianya akan lebih bermakna sepertimana yang dinyatakan oleh Kralovec & Buell (2000), yang menyatakan bahawa kerja rumah perlu dibentuk atau disediakan dengan betul. Guru – guru juga perlu memastikan bahawa kerja rumah yang dberikan adalah bersesuaian terutamanya dari segi masa agar murid – murid mampu untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan (Cooper, 1989; Butler, 1987 dan Copple, 1982).
Kerja rumah juga akan berfaedah bilamana ianya disediakan berkait dengan tajuk dan objektif pembelajaran, sesuai dengan tahap kemampuan murid, dikumpul dan dibincang di dalam kelas, disokong oleh ibu bapa, diberikan secara kerap dan diberikan dengan tujuan untuk melihat maklum balas terhadap pengajaran guru ( Butler, 1987; Holmes & Cross, 1989; Hossler, Stage & Galagher, Paschal, 1988; Winston & Welberg, 1984).
Bagi memastikan murid – murid ini suka untuk melakukan kerja rumah, guru patut memasukkan unsur motivasi dan galakan di dalam strategi pengajaran mereka. Ini kerana banyak kajian yang menunjukkan bahawa guru boleh menjadi faktor yang mempengaruhi motivasi dan minat murid ( Cori Brewster & Jennifer Fager, 2000). Menurut mereka lagi, guru perlu untuk menerapkan motivasi serta berkongsi tips dan idea dengan ibu bapa  kerana ibu bapa merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam menarik minat murid untuk belajar.
Kajian – kajian lain juga memberikan pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid – murid ini meingkatkan minat dan kesediaan mereka untuk membuat kerja rumah seperti yang dijalankan oleh Daniel E. Olympia, etc( 1994), yang menjalankan kajian dimana memberikan kebebasan kepada murid untuk menentukan sendiri bentuk kerja rumah dimana mereka menetapkan sendiri matlamat mereka. Namun begitu, tindakan ini lebih sesuai diguna pakai bagi pelajar sekolah menengah mahupun institusi pendidikan yang lebih tinggi.

No comments: