Tuesday, March 13, 2012

Saturday, March 3, 2012

Resepi kak Karamel

Resepi Kak Karamel  (klik ja link ni or tajuk kt atas..)
Sapa nak try.. boleh la.. resepi dh ada.. hehe
resepi dr blog kak Azlita Aziz.


sock puppet

aantara aktiviti language art yg dibuat.. murid2 saya sgt suka.. siap nk bawak ke sek hari lain.. sbb nk main waktu rehat.. alhamdulillah, ni kira pnp yg berjaya kot.. walaupun biasa2 je sock puppetnya.. tp itu effort mereka sendiri.. i'm very proud of them..




Tuesday, February 21, 2012

ni dah lama.. masa minggu kedua rasanya..

aktiviti kelas y2.. minggu lepas punya aktiviti

minggu lepas, ajar places n direction.. so, buat la tour.. ronda sek..n kt dataran wat la aktiviti direction.. ada yg phm , ada yg tidak.. ada yg wat betul2 , ada yg main2.grrrrrrr


Sunday, February 12, 2012

Ada lagi aktiviti2 yg lain.. tp bila dok tgh khusyuk lupa pulak nak snap.. aktiviti2 macam budak2 kecik kelas belakang mmg suka..



TITIPKAN

berkongsi nukilan cikgu Mustaffa Siraj

T I T I P K A N

Titipkan kata-kata bererti
agar mereka mengerti

Titipkan ka
ta-kata nasihat
agar mereka teringat-ingat

Titipkan kata pujangga
agar mereka siap siaga

Titipkan kata falsafah

agar mereka mendapt hikmah

Titipkan bait-bait puisi
agar dapat dihayati

Titipkan teguran membina
agar dimanfaat bersama

Titipkan kata teladan
agar jadi pedoman

Titipkan kata penuh ikhlas
agar dapat dijadikan alas

Titipkan nukilan peribadi
agar jadi santapan nurani

Titipkan karya sehabis daya
agar kreativiti kian merata

Titipkan kata kemaafan
agar hidup penuh keampunan

Titipkan rasa kesyukuran
agar dalam perlindungan Tuhan

-MHS

Saturday, February 11, 2012

KHASIAT MAKANAN

Berkongsi info dari rakan fb Cikgu Abd Aziz:-

BARLI 
 Bagus untuk demam jika dibuat sup.

 KURMA

Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

 BUAH TIN 

Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

 ANGGUR 

 Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

MADU  Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

TEMBIKAI (Segala Jenis) 

 Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

 SUSU

 Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

Cendawan 

Baik untuk mata, perancang keluarga.

 MINYAK ZAITUN 

 Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

DELIMA 

 Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

CUKA 

 Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

AIR 

 Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Friday, February 10, 2012

VOCABULARY LIST

Kalau ada yang berminat nak vocabulary list ni boleh la ke page Bahan UPSR  Saya dah add link kt situ.. boleh download.. ni saya buat list utk pelajar y6  esepecially yg kelas belakang.. suruh depa cari maksud.

Kenangan di SKBM

Masa dok membelek dokumen2 soft copy yang ada dalam simpanan, terjumpa la satu video movie maker ni.. Saya terlibat dalam pembikinannya dengan bantuan rakan2 di sekolah lama saya bertugas dulu  sewaktu sekolah kami terlibat di dalam pertandingan Kitchen Edible Garden peringkat negeri Johor..


PHONICS MATERIAL

Ni antara bahan-bahan berkaitan phonics sewaktu saya menyertai satu bengkel bersama dengan native speaker di Kampar, Perak.. 


Phonics activities
PPT Phonics ( Ant on the apple)

Wednesday, February 8, 2012

ADA KETIKANYA................................

Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yg kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita ttp menyayanginya krn dia sentiasa bertakhta di hati 

Tuesday, February 7, 2012

Monday, February 6, 2012

Mustajab doa

BAHAYA NYA SOYA...UBAHLAH KE PEMAKANAN SUNNAH!







DIPETIK DARI FB PN. NAZIRAH IBRAHIM.
BAHAYA NYA SOYA...UBAHLAH KE PEMAKANAN SUNNAH!

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??



Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.



Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)



Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially





DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.



Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.



Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:



§ Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
§ Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
§ Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).



KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).



(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)



Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.



Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Sunday, February 5, 2012

KHUSUS UNTUK MEREKA YANG BERGELAR GURU NUKILAN CIKGU ZAINAL ARIFF MAT

KHUSUS UNTUK MEREKA YANG BERGELAR GURU
Jika hanya nak menjatuhkan HUKUM,
... jadilah HAKIM bukannya guru.
Jika hanya nak memberi NOTA,
... jadilah POSMEN bukannya guru.
Jika hanya nak mencari SALAH,
... Jadilah POLIS bukannya guru.
Jika hanya nak MEROTAN,
... Jadilah WARDER PENJARA bukannya guru.
TETAPI
Jika hendak MEMBENTUK
Manusia yang berjiwa manusia,
Manusia yang berpaksikan agama,
Manusia yang berjaya,
Manusia yang sanggup menaburkan jasa,
Manusia yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga,
Manusia yang sanggup menggadaikan nyawa,
Untuk agama, keluarga dan pertiwi tercinta
MAKA...
Jadilah seorang GURU yang berhati mulia
Yang mengajar menulis, membaca dan mengira
Tanpa mengira agama, politik mahupun bangsa
Tanpa mengira ruang, wang dan masa.
Itulah GURU
Yang diherdik dan dihina jika anak didiknya gagal
Yang dilupai dan diketepi apabila anak didiknya berjaya
Itulah juga GURU
Yang terus mendidik tanpa mengenal erti jemu
Selagi kemampuan masih ada
Selagi itulah nasib anak didik akan terus dibela.
Menjadi manusia yang berguna dan berjasa
Kepada agama, bangsa dan negara.
Al-Fatihah untuk guru-guru yang telahpun tiada.
Yang dipanggil mengadap Yang Maha Esa.

Nukilan,
Zainal Ariff Mat
Kangar, Perlis

Saturday, February 4, 2012

Kembali ke asal

Memang betul2 lama tk update.. macam bz sgt.. hehe..
kerjanya dok godek blog.. last2 pkai la template yg asal.. sbb template yg konon2 nk lebih canggih tu, byk miss element.. tgh bercadang untuk memasukkan info n aktiviti KSSR ku.. hehe.. berangan  jer dulu..
Apapun, Salam Maulidur Rasul..