Sunday, February 12, 2012

TITIPKAN

berkongsi nukilan cikgu Mustaffa Siraj

T I T I P K A N

Titipkan kata-kata bererti
agar mereka mengerti

Titipkan ka
ta-kata nasihat
agar mereka teringat-ingat

Titipkan kata pujangga
agar mereka siap siaga

Titipkan kata falsafah

agar mereka mendapt hikmah

Titipkan bait-bait puisi
agar dapat dihayati

Titipkan teguran membina
agar dimanfaat bersama

Titipkan kata teladan
agar jadi pedoman

Titipkan kata penuh ikhlas
agar dapat dijadikan alas

Titipkan nukilan peribadi
agar jadi santapan nurani

Titipkan karya sehabis daya
agar kreativiti kian merata

Titipkan kata kemaafan
agar hidup penuh keampunan

Titipkan rasa kesyukuran
agar dalam perlindungan Tuhan

-MHS

1 comment:

Anonymous said...

Tkasih kerana petik karya saya dalam blog ini.. Sata pun dah tak ingat di mana saya hantar karya saya ni.. mungkin dalam blog sekolah saya kot..