Thursday, October 21, 2010

KERJA BERULANG2

Macam mana lah cikgu ni nak digelar kumpulan profesional.wat kerja kadang2 mengalahkan bionic women/ men. RENCAM.. Guru, pengasuh, kerani, jurulatih,jururwat, fasilitator, tukang kebun, tukang masak..Tapi no hal la, sebab tu dah jadi rutin.. Alah bisa tegal biasa.. tp yang selalu membuatkan aku naik angin n menyumpah2 ialah bila org atas tk kira la kementerian, jpn or ppd yang asyik tak konsisten.. kejap wat fail mcm ni, kejap mcm tu.. Tahun ni pakai sistem ni, tahun depan tukar pakai sistem lain pulak.. konon2 versi baru..masalahnya kalau versi lama boleh diconvert ke versi baru tkpa la jugak..ni buat semula.. key in balik data dr awal.. LAIN KALI KALAU RASA TK PANDAI NAK REKA PROGRAM YANG COMPLETE, TK PYH REKA.. UPAH YANG PAKAR JE.. Ingat cikgu ni dok kat sekolah sempat sangat .. baik masa yang digunakan untuk menyiapkan sistem tu digunakan untuk mengajar, or sediakan bahan mengajar budak.Bila cikgu tk sediakan bahan mengajar n asyik pakai chalk n talk,. Marahhhh. tu la yang aku tk phm..ni memang sesi luahan perasaan..memang tgh geramm

Sharing is caring: just sharing... lit. review on homework

Sharing is caring: just sharing... lit. review on homework: " Normal 0 false false false EN-US ZH-CN X-NONE ..."

Wednesday, October 20, 2010

MACAM2 KeRENAH BUDAK..

Sesekali rasa stress jugak melayan kerenah budak - budak ni..Lagi la kelas belakang, yang dia tahu nak main je.. "Teacher, jom aa pi bilik sains".... kalau tak t tahu, mcm best n bagusnya budak - budak ni, tp sebenarnya nak ke sana sebab nak suruh aku bukak klip2 video.. kita ni buka juz untuk release their mind and to show them something  that new n interesting .. tp diorang lain pulak fahamannya.. nak bersuka2 je.. tetapi aku rasa salah satu sebab ilah aku sendiri kot.. what u give, u get back.. bebudak tu sebenarnya ada jugak sipi2 jelmaan aku dulu.. Hahaha... cuma yg membezakannya ialah, malas2 n main aku, tkla sampai aku tkda cita2 n azam nk jd pandai.. sian budak- budak ni... camna la aku n ak tolong..pujuk dah, marah dah, bebel lagi la.. fening2..

Tuesday, October 19, 2010

just sharing... lit. review on homework


Pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan dengan kerja rumah yang diberikan kepada murid sekolah. Ada pihak yang bersetuju dan ada pihak yang membangkang. Namun begitu terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kerja rumah merupakan satu bentuk latihan yang perlu untuk membentuk persekitaran dan pencapaian akademik yang berjaya ( Coleman, Hoffer, &Kilgore, 1981; Eipstein, 1983). Pendapat yang sama juga diberikan oleh beberapa orang pengkaji Harris Cooper, James J.  Lindsay dan Scott Greenhouse dari University of Missouri  dalam satu kajian mereka dimana mereka menyatakan bahawa semakin banyak kerja rumah berjaya disiapkan, semakin tinggi prestasi akademik mereka terutamanya murid di dalam gred 6 -12 (Eric, Tripp & Gloria ,1988).  
Kerja rumah memberikan banyak kesan postif kepada murid – murid. Ini kerana ianya bukan sahaja menjadi faktor kepada peningkatan pencapaian akademik tetapi ianya juga mampu untuk melatih murid – murid menjadi  individu yang lebh bertanggung jawab (Curtis& Nourie, 1989; Eipstein, 1988; Johnson & Pontius, 1989; Stein, 1988; Worsham, 1981).  Pendapat ini turut disokong oleh Chen & Stevenson( 1989) yang menyatakan bahawa kerja rumah bukan sahaja mengajar murid – murid erti tanggung jawab tetapi murid – murid juga dapat berlatih untuk melakukan tugasan sekolah. Ianya juga boleh meningkatkan hubungan kekeluargaan terutamanya antara ibu bapa dengan anak ( Eipstein, 1988).
 Gary & Edward (1986) menyokong pendapat yang diutarakan oleh Keith (1981) yang menyatakan dalam kajiannya bahawa prestasi akademik murid juga berkait rapat dengan masa yang diperuntukkan dalam menyiapkan kerja rumah. Namun begitu, kerja rumah yang disediakan juga perlu disediakan dengan persediaan yang rapi dan dibangunkan dengan betul kerana ianya akan lebih bermakna sepertimana yang dinyatakan oleh Kralovec & Buell (2000), yang menyatakan bahawa kerja rumah perlu dibentuk atau disediakan dengan betul. Guru – guru juga perlu memastikan bahawa kerja rumah yang dberikan adalah bersesuaian terutamanya dari segi masa agar murid – murid mampu untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan (Cooper, 1989; Butler, 1987 dan Copple, 1982).
Kerja rumah juga akan berfaedah bilamana ianya disediakan berkait dengan tajuk dan objektif pembelajaran, sesuai dengan tahap kemampuan murid, dikumpul dan dibincang di dalam kelas, disokong oleh ibu bapa, diberikan secara kerap dan diberikan dengan tujuan untuk melihat maklum balas terhadap pengajaran guru ( Butler, 1987; Holmes & Cross, 1989; Hossler, Stage & Galagher, Paschal, 1988; Winston & Welberg, 1984).
Bagi memastikan murid – murid ini suka untuk melakukan kerja rumah, guru patut memasukkan unsur motivasi dan galakan di dalam strategi pengajaran mereka. Ini kerana banyak kajian yang menunjukkan bahawa guru boleh menjadi faktor yang mempengaruhi motivasi dan minat murid ( Cori Brewster & Jennifer Fager, 2000). Menurut mereka lagi, guru perlu untuk menerapkan motivasi serta berkongsi tips dan idea dengan ibu bapa  kerana ibu bapa merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam menarik minat murid untuk belajar.
Kajian – kajian lain juga memberikan pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid – murid ini meingkatkan minat dan kesediaan mereka untuk membuat kerja rumah seperti yang dijalankan oleh Daniel E. Olympia, etc( 1994), yang menjalankan kajian dimana memberikan kebebasan kepada murid untuk menentukan sendiri bentuk kerja rumah dimana mereka menetapkan sendiri matlamat mereka. Namun begitu, tindakan ini lebih sesuai diguna pakai bagi pelajar sekolah menengah mahupun institusi pendidikan yang lebih tinggi.

pengalaman belajar sem 1

Sedar tak sedar.. dah satu sem berjaya dihabiskan.. result? hmm don't know yet.. juz pray 4 d best result..
walaupun usaha tak sehebat mana.. ( tk berusaha pun).. cuba tp susahnya..
pengalaman belajar smbil bekerja ni mmg not a new experience 4 me.. tp berbeza coz every week kena travel ke UPSI.. penat jgn ckp la.. Apa2 pun.. that's my choice.. no 1 ask me to further my study.. that's my choice..it's all becoz i wanted to do something new.. something challenging..physical n mental..
Klau on paper..honestly, aku mmg tak terror.. lagi la time nak exam.. aku tk suka mnulis... baru tulis satu muka, dah bosan, sakit jari2..  tp kalau suruh aplikasi , insyaallah.. coz bagi aku, terror teori tk semestinya terror time practical n reality..tp kena la jgk tau teori, kalau tk, ckp tk serupa bikin pulak.. n ckp tk blapik.. no basis..
Sepanjang aku study ni, paling aku admire adalah Prof Lingan.. sgt berpengalaman dalam pelbagai bidang pendidikan.klau perubahan pendidikan kt Malaysia ni, aku rasa dlm kocek dia ja. tk lokek ilmu, n suka mmudahkan urusan orang.. very understanding.. paling best time presentation, kalau ahli ada3 , mesti ada ahli ke4, Prof Lingan le tu.. cuit sikit je pasal satu isu, confirm akan ada isu or opinion lain dari dia.. tp aku suka, coz dia tak berlagak n membangga diri..harap2 aku akan jd mcm dia jgk.. Amin..
lecturer2 yg lain pun alhamdulillah.. dpt lecturer yg bagus..(sharing n caring).. harap2 diorg tk kecewa la aku jd anak murid diorang.. huhu.. anak murid paling pemalas...moga2 sem depan aku akan berjaya merubah diriku.. AMIN

Wednesday, October 6, 2010

sambutan hari raya SKBM




best jgk smbutan raya tahun ni.. adakah ini sambutan raya terakhir di SKBM or masih ada lagi peluang???



syg nak tinggalkan SKBM tp dah penat b'ulang alik.. utara selatan.. tp sbb nk jugak jd anak dagang , so aku mintak pindah dekat selangor,  tk jauh dr UPSI...